Thursday, March 1, 2012

Perkahwinan Kunci Kebahagian

Dikarut oleh Aida Nasirah at 5:25 PM
kadang2 aku sendiri terfikir.. adakah perkahwinan merupakan titik tertinggi dalam mencapai kebahagiaan. bagaimana pulak dengan perkahwinan plastik di mana luaran nampak bahagia sedangkan hakikatnya terselit 1001 kepedihan. bagi perempuan, lengkaplah hidup sekiranya dia sudah berjaya membina karier dan berjaya membina sebuah keluarga sendiri tetapi di malaysia yang aku terperasan rata2 mempunyai masalah dalam keluarga. Mak pernah berpesan, sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri. tapi yang aku nampak neh bukan isu lidah tergigit tapi neh isu lebih kepada merana badan. ala.. kalau aku tak explain panjang pun korang sendiri pun dah boleh faham kan. isu semasa pada zaman kini iaitu zaman negara menuju kemajuan.
bagaimana pulak budaya melayu. yang kita semua faham budaya orang melayu mereka tak menggalakkan anak2 untuk kawen awal. kalau sedang belajar pulak, haruslah dulu menghabiskan belajar baru dibenarkan untuk berfikir pasal kawen. selagi tak habis belajar jangan gatal2 nak sebut pasal nak kawen. memang dapat habuan la nanti ! bila dah habis belajar pulak, setengah keluarga masih tak benarkan anak mereka terutama lelaki untuk terus kawen. binalah dahulu karier, cari duit dan simpan duit untuk pinang anak dara orang tak pun untuk perempuan, simpan dahulu duit untuk stabilkan keluarga bila dah berkahwin nanti. sekurang2nya buatlah persediaan diri sendiri untuk masa depan jangan hanya bergantung pada suami. beli rumah, beli kereta, langsaikan sedikit hutang pinjaman pelajaran.. haa.. nampak dah stabil sikit baru ke langkah seterusnya. tapi kan nak sampai umur berapa ? 30an ? 40 an ?

bagi keluarga aku pulak, dalam tempoh belajar anak2 tak akan dibenarkan untuk berkahwin. bercinta boleh tapi tak berapa digalakkan. bila dah habis belajar pulak, kena kerja dulu. konsep keluarga aku, nak kahwin mak ayah tak kan support. duit masing2. itulah yang aku nampak dari abang2 dan kakak2 aku. berdikari atas kaki sendiri. nak buat majlis grand tak grand atas masing2 punya bajet. aku sebagai adik yang lapis bawah belajar dari apa yang abang dan kakak buat dan itu bermakna nanti aku jugak pun begitu. tak perlu bebankan mak ayah. sebab itulah kami adik beradik diminta kerja terlebih dahulu lepas tu kalau nak kawen tu kawen la. tak ada halangan. insyaallah.
bagi pendapat aku pulak, persekitaran menjadikan aku takut dan gerun. lagi2 apabila aku pernah memasuki alam pekerjaan. dari situ aku dapat melihat dan tumpang kongsi merasa APA ITU PERKAHWINAN dan peritnya nak tempuh. situasi itu tak pernah berhenti dari mengekori aku sehinggalah aku kembali sambung study. lecturer aku jugak berpesan perkara yang sama. perkahwinan tak semestinya menjanjikan kebahagiaan. walaupun mak ayah aku adalah ikon terbaik aku di mana ayah sangat romantik dan caring kat mak. mak melengkapi kekurangan ayah. aku punyai keluarga yang besar dan meriah tetapi persekitaran luar yang membentuk persepsi aku supaya was2 dan risau.
pernah terdetik dalam hati aku setelah percintaan aku gagal, boleh ke aku hidup untuk masa akan datang hanyalah berseorangan tanpa punyai pasangan seperti orang lain ? aku boleh bina masa depan sendiri. bina karier yang berjaya. ada jawatan tinggi, ada harta sendiri, ada riuhan anak2 buah tersayang, yang paling penting ada sokongan dari belakang oleh mak ayah. mampukah aku ? aku takut untuk percaya lagi, aku selalu ditemukan dengan orang2 yang salah sampai aku terdetik, mungkin tak akan ada orang yang betul untuk aku. aku takut untuk terima yang salah semata2 sebab terdesak, takut digelar ANDARTU atau terburu2 sanggup menjadi isteri muda. ahhh.. itulah realiti yang selalu terjadi. cemburu lihat ramai yang sudah membina masjid dan profile picture di facebook dah bertukar gambar anak2 mereka. alhamdulillah rezeki mereka murah di situ. sedangkan aku masih takut untuk mempercayai insan yang ingin mendekati. aku hanya mampu menadah tangan supaya Allah memudahkan segala urusan dan memberikan apa yang terbaik pada aku untuk kehidupan sekarang. apa sahaja ketentuannya nanti, aku redha dan terima seadanya.

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

0 comments on "Perkahwinan Kunci Kebahagian"

No comments:

AIDA NASIRAH Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal