Tuesday, December 17, 2013

Tips Suami & Isteri

Dikarut oleh Aida Nasirah at 3:29 AM
*Tidak hanya kepada suami isteri tetapi sesuai juga kepada pasangan yang bercinta =)

1. Bercinta dan berkahwin untuk bahagia
Ingat kembali saat pertama kita bertemu dengan pasangan, atau kalau pernah bercinta ingatlah kembali saat2 indah itu. Dan fikirkan kembali sebab apa kita memilih dia sebagai pasangan sedangkan kita boleh memilih orang lain? Allah dah tetapkan jodoh kita bersama dia maka terimalah dia seadanya. Bayangkan kita dan dia akan bahagia bersama2 hingga ke syurga.

2. Selongkar kehebatan pasangan
Manusia itu Allah jadikan memang banyak kelemahan dan juga kelebihan tersendiri. Jadi, jangan terlalu memandang kelemahan pasangan bagaikan kita ini terlalu sempurna. Teroka isi hati pasangan dan cubalah memahami. Letakkan diri kita di dalamnya, dan kita akan lihat perbezaan itulah yang saling melengkapkan anda berdua..

3. Bertolak ansur
Orang yang tidak boleh bertolak ansur adalah manusia yang EGO. Lebih tinggi keegoan seseorang, lebihlah rasa untuk dia menang walaupun dia berada di pihak yg salah. Nilailah semula diri masing2 dan cuba bertolak ansur walaupun sedikit.

4. Jangan bersangka buruk
Al-Quran ada menyebut bahawa manusia diseru menjauhi prasangka kerana kebanyakan sangkaan itu membawa dosa. Jika pasangan selalu tiada di rumah, balik lewat, tanyalah dulu elok2 jangan diserang membabi buta. Ada seekor syaitan di dalam rumah yg kerjanya memang menghasut dan membisikkan kepada suami atau isteri supaya bertengkar dan berpecah belah. Jadi, siapa yang kita nak ikut? Jangan biarkan syaitan itu tersenyum kemenangan!

5. Mendidik hati
Keseluruhan diri mencerminkan hati. Jika hati baik, maka baiklah tingkah laku kita, jika hati kotor, maka buruklah perangai kita. Tenung ke dalam diri adakah kita ini terlalu baik, atau terlalu jahat terhadap pasangan kita. Jika buruk perangai kita, maka bersihkanlah hati. Bagaimana nak bersihkan hati? Banyakkan mengingati Allah.

6. Belajar bertenang
Hadapi masalah dengan penuh ketenangan. Fikir dengan rasional dan intelek, barulah kita akan jumpa jalan penyelesaian. Mohon pada Allah supaya diberi ketenangan. Fikiran yang kusut dan berserabut memang tidak akan membawa kita berjumpa jalan penyelesaian. Solatlah dengan khusyuk dan hudhur supaya solat itu menjadi amalan "out of the box" dan masalah akhirnya boleh diselesaikan.

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

1 comments on "Tips Suami & Isteri"

URY on April 29, 2014 at 7:20 PM said...

Moga ada yang berkenan & dipermudahkan segalanya...

1 comment:

URY said...

Moga ada yang berkenan & dipermudahkan segalanya...

AIDA NASIRAH Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal