Wanita memang sinonim dengan keputihan. Setiap wanita samada dewasa
ataupun remaja sering mengalami keputihan. Ini sebenarnya situasi biasa
kerana keputihan bertindak untuk melindungi sel-sel dan dinding saluran
faraj.
Apa Itu Keputihan?
Untuk sang teruna memang mereka tidak
tahu apa apa mengenai keputihan. Tapi sedikit sebanyak perlulah ambil
tahu terutamanya yang sudah berkahwin. Keputihan adalah cecair atau
lendir yang di keluarkan oleh vagina yang dipengaruhi oleh hormon
estrogen dan progesteron di dalam darah wanita.
Selalu orang tertanya-tanya, keputihan
ni benda normal atau ini satu jenis penyakit? Ada 2 jenis keputihan yang
kita kena kenalpasti. Keputihan normal terjadi 14 hari
sebelum haid. Waktu itu adalah waktu subur seorang perempuan. Hormone
akan melimpah ruah untuk mempersiapkan kedatangan sperma ke dalam telur.
Kiranya, keputihan itu menjadi daya penarik kepada sperma. Dan, bau
keputihan yang sihat ini tidak busuk.
Keputihan yang tidak sihat
pula adalah keputihan yang terjadi sepanjang masa, gatal-gatal, berbau
busuk yang boleh menyebabkan kurang selesa semasa hubungan
seksual.Keputihan itulah yang akan menjadi punca mandul. Biasanya,
permulaan terjadi keputihan tidak sihat ini kerana kelembapan di
bahagian vagina, sehingga menggalakkan pertumbuhan kulat, virus dan
bakteria.
Kita sebenarnya tak boleh ambil mudah
tentang perkara ini, sebab lama kelamaan, bakteria atau kulat dari
vagina kita boleh menyebabkan cancer / tumor/ atau ketumbuhan rahim. Bau
keputihan menjadi semakin membusuk, kadang-kadang disertai
tompok-tompok darah. Lebih ketara lagi apabila kita melakukan hubungan
seksual sehingga menyebabkan pendarahan. Tetapi, ianya bukan sekadar bau
busuk dan gatal tetapi boleh merosakkan kilang telur, sehingga
menyebabkan penyumbatan sel-sel telur dan seterusnya kemandulan.
Oleh itu, sekiranya keputihan yang tidak
sihat terjadi. Silalah berjumpa dengan doktor. Setengah dari kita malu
nak jumpa doktor bila berkaitan dengan masalah masalah sulit dan
peribadi. Tapi percayalah, malu tu sebenarnya boleh membunuh kita. Dan
di sini ada beberapa tips menjaga kesihatan vagina.
Tips Menjaga Kesihatan Vagina (Miss V)
1. Sentiasa keringkan Miss V setelah membasuh, sebelum memakai pakaian dalam.
2. Sering kemaskan bulu bulu disitu, sekaligus mengurangkan risiko untuk memerangkap kotoran dan bacteria.
3. Bersihkan Miss V menggunakan sabun feminine wash 2 hari sekali. Jangan basuh tiap-tiap hari kerana akan membunuh flora normal daerah Miss V.
4. Gunakan pakaian dalam yang berkualiti. Jangan beli jenis satin sebab akan memberi kesan kelembapan dan panas yang ketara di daerah Miss V kita. Sebaiknya pilih dari jenis cotton.
5. Rajin tukar tuala wanita semasa sedang haid.
0 comments on "Wanita: Keputihan Punca Mandul?"
Post a Comment