Tuesday, March 27, 2012

Rozita Che Wan Dahulu dan Sekarang

Dikarut oleh Aida Nasirah at 3:31 AM 1 comments
Sapa yang teringin nak tengok gambar rozita che wan dulu2 punya.? haa.. ekslusif aku bawakan untuk korang yer..
jangan tak tahu, rozita penah masuk dewi remaja tau..
mesti ramai yang nak tengok sangat muka ex husband dia kan.? inilah si jejaka tu. hehe.
penampilan sekarang camna pulak.??
aku rasa sekarang bertambah2 cantek n howtt kan.
umur sekadar angka sahaja ^_^

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Kononnya Busy

Dikarut oleh Aida Nasirah at 3:05 AM 1 comments
Salam. agak sibuk untuk bulan neh dan sejak akhir2 neh. maaf.. maaf.. blog telah diabaikan. hujung bulan neh dewan penginapan tempat saya menginap neh akan adakan aktiviti bersama sekolah dan saya pulak telah ditugaskan sebagai s/u. pening, letih, nak marah pun ada tapi sabar jela kan. untuk ko-k pulak sem neh tiba2 busy. bulan neh boleh dikatakan hampir setiap malam ada latihan. naik lembik badan neh. Aida Nasirah bukan boleh lasak sangat untuk masa yg panjang dan non stop camtu :( time management pulak memang tak berapa pandai sangat. so ada masa jer even kejap mesti nak ZZzz, bukannya nak study ! hish ! 
Tengok tu ! sibuk2 pun sempat masuk lawan bowling.
saya bukan nak merunggut cuma nak meluahkan. grrr ~ elok habis je program tu esoknya ada EXAM MID SEMESTER. waaa ! saya tak sempat nak study leh postpone tak.? plsss... (of course tak !) nak tak nak kena pandai la nak buat camna. untuk next month saya berazam tak akan join lagi sebarang aktiviti. harap maklum. tapi hari tu ada mpp tu tanya saya "Aida nak jadi tak sekretariat Pesta Konvo?" tanya punya tanya bulan oktober means next sem, so saya setuju ! sem neh, cukup2 lah yer. pencen dah...

p/s : tak suka la ngan manusia yang jenis suka panggil dari jauh. cam tak gentlement. kalau suka buat cara suka, kalau nak berkawan buat cara berkawan. kalau tak tak payah nak panggil2 camtu. tak sopan kan. peacee~

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Saturday, March 17, 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Dikarut oleh Aida Nasirah at 3:38 AM 0 comments

Salam. jum aida nak share 1 artikel dengan korang. nampak menarik n memang tertarik. selamat membacaaa..
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Ladang Tebu, Chupping, Perlis

Dikarut oleh Aida Nasirah at 1:21 AM 1 comments
Sabtu ! hari cuti untuk student UUM so boleh la keluar pergi padang besar. kalau waktu cuti macam neh memang ramai n sesak kawasan tu. seperti yang aku kata, memang sesak pun. ingatkan hanya uum yang mencintai padang besar rupanya hari tu ada bus dari UIA, UITM, n kolej2 lain. tetapi kali neh bukan nak share tentang padang besar tapi ladang tebu. penah dengar.? on the way nak pergi padang kalau datang dari kedah or arau, anda akan jumpa laluan tebu yang panjang dan cantek. so harinie nak share photoshoot saya n kawan2 kat situ. jum tengok !

kalau sesiapa berminat nak photoshoot sini pulak bolehlah datang yer. memang best. hanya tepi jalan sahaja. hehe ~

**THE END**

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Monday, March 12, 2012

Hidup Perlukan Semangat

Dikarut oleh Aida Nasirah at 4:56 PM 0 comments

Baru pulang dari class !! balik je class terus on lappy. asyik tu je keja dari hari ke hari. ehekkss. ehh.. penah tak kadang2 korang rasa semangat tu up dan tiba2 pulak satu masa tu semangat korang rasa down, down n down lagi. waktu tu nak sangat menangis kan, waktu tu kalo bole nak sangat orang sekeliling faham, please jangan ganggu.. leave me alone. mula la terfikir2 nak luah pada seseorang. mak.? tak nak mak susah hati. bff.? dieorang pun sibuk dengan kuliah masing2, assignment lagi. tak nak kacau. pastu mula la fikiran merepek2 kan. kalo aku ada seseorang yang special waktu tu mesti dia akan faham situasi aku kan. tak kan rasa luahan aku menyusahkan dia. akan dengar dan tenangkan aku. akan buat aku tersenyum, tergelak. mintak aku bersabar banyak2. yang paling penting dia akan cakap "saya akan selalu ada dengan awak, jangan risau ya". 

semangat tu macam angin yang bertiup.. datang tanpa diundang pergi tanpa diminta. bila aku senang dan tenang akan ku ucap, terima kasih Ya Allah di atas ketenangan yang kau berikan dan biarlah berpanjangan. bila pula aku rasa lemah, aku akan berdoa, Ya Allah berikan la aku kekuatan untuk menempuhi ujianmu. semoga aku akan menyedari apa hikmah di atas apa yang terjadi padaku hari ini. kadang2 kita terleka dan tertanya2 kenapa kita tidak nampak dimana hikmah atas apa yang kita sudah tempuhi. kita juga terlupa yang tak semua perkara tu hikmahnya pada masa hadapan. ada juga apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hikmah untuk peristiwa yang telah berlalu dahulu.

hidup itu indah, kadangkala sakit. pilihan kita tepat kadangkala tersasar. tak perlu meminta kesempurnaan andai kita tak berupaya. jangan disalahkan takdir andai nafsu lebih menguasai. kita berakal, mampu berfikir tetapi kadangkala kita jahil dan punyai kekhilafan. pejamkan mata, kembali mencari dimana asal tujuan hidupku kini.....

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Thursday, March 1, 2012

Perkahwinan Kunci Kebahagian

Dikarut oleh Aida Nasirah at 5:25 PM 0 comments
kadang2 aku sendiri terfikir.. adakah perkahwinan merupakan titik tertinggi dalam mencapai kebahagiaan. bagaimana pulak dengan perkahwinan plastik di mana luaran nampak bahagia sedangkan hakikatnya terselit 1001 kepedihan. bagi perempuan, lengkaplah hidup sekiranya dia sudah berjaya membina karier dan berjaya membina sebuah keluarga sendiri tetapi di malaysia yang aku terperasan rata2 mempunyai masalah dalam keluarga. Mak pernah berpesan, sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri. tapi yang aku nampak neh bukan isu lidah tergigit tapi neh isu lebih kepada merana badan. ala.. kalau aku tak explain panjang pun korang sendiri pun dah boleh faham kan. isu semasa pada zaman kini iaitu zaman negara menuju kemajuan.
bagaimana pulak budaya melayu. yang kita semua faham budaya orang melayu mereka tak menggalakkan anak2 untuk kawen awal. kalau sedang belajar pulak, haruslah dulu menghabiskan belajar baru dibenarkan untuk berfikir pasal kawen. selagi tak habis belajar jangan gatal2 nak sebut pasal nak kawen. memang dapat habuan la nanti ! bila dah habis belajar pulak, setengah keluarga masih tak benarkan anak mereka terutama lelaki untuk terus kawen. binalah dahulu karier, cari duit dan simpan duit untuk pinang anak dara orang tak pun untuk perempuan, simpan dahulu duit untuk stabilkan keluarga bila dah berkahwin nanti. sekurang2nya buatlah persediaan diri sendiri untuk masa depan jangan hanya bergantung pada suami. beli rumah, beli kereta, langsaikan sedikit hutang pinjaman pelajaran.. haa.. nampak dah stabil sikit baru ke langkah seterusnya. tapi kan nak sampai umur berapa ? 30an ? 40 an ?

bagi keluarga aku pulak, dalam tempoh belajar anak2 tak akan dibenarkan untuk berkahwin. bercinta boleh tapi tak berapa digalakkan. bila dah habis belajar pulak, kena kerja dulu. konsep keluarga aku, nak kahwin mak ayah tak kan support. duit masing2. itulah yang aku nampak dari abang2 dan kakak2 aku. berdikari atas kaki sendiri. nak buat majlis grand tak grand atas masing2 punya bajet. aku sebagai adik yang lapis bawah belajar dari apa yang abang dan kakak buat dan itu bermakna nanti aku jugak pun begitu. tak perlu bebankan mak ayah. sebab itulah kami adik beradik diminta kerja terlebih dahulu lepas tu kalau nak kawen tu kawen la. tak ada halangan. insyaallah.
bagi pendapat aku pulak, persekitaran menjadikan aku takut dan gerun. lagi2 apabila aku pernah memasuki alam pekerjaan. dari situ aku dapat melihat dan tumpang kongsi merasa APA ITU PERKAHWINAN dan peritnya nak tempuh. situasi itu tak pernah berhenti dari mengekori aku sehinggalah aku kembali sambung study. lecturer aku jugak berpesan perkara yang sama. perkahwinan tak semestinya menjanjikan kebahagiaan. walaupun mak ayah aku adalah ikon terbaik aku di mana ayah sangat romantik dan caring kat mak. mak melengkapi kekurangan ayah. aku punyai keluarga yang besar dan meriah tetapi persekitaran luar yang membentuk persepsi aku supaya was2 dan risau.
pernah terdetik dalam hati aku setelah percintaan aku gagal, boleh ke aku hidup untuk masa akan datang hanyalah berseorangan tanpa punyai pasangan seperti orang lain ? aku boleh bina masa depan sendiri. bina karier yang berjaya. ada jawatan tinggi, ada harta sendiri, ada riuhan anak2 buah tersayang, yang paling penting ada sokongan dari belakang oleh mak ayah. mampukah aku ? aku takut untuk percaya lagi, aku selalu ditemukan dengan orang2 yang salah sampai aku terdetik, mungkin tak akan ada orang yang betul untuk aku. aku takut untuk terima yang salah semata2 sebab terdesak, takut digelar ANDARTU atau terburu2 sanggup menjadi isteri muda. ahhh.. itulah realiti yang selalu terjadi. cemburu lihat ramai yang sudah membina masjid dan profile picture di facebook dah bertukar gambar anak2 mereka. alhamdulillah rezeki mereka murah di situ. sedangkan aku masih takut untuk mempercayai insan yang ingin mendekati. aku hanya mampu menadah tangan supaya Allah memudahkan segala urusan dan memberikan apa yang terbaik pada aku untuk kehidupan sekarang. apa sahaja ketentuannya nanti, aku redha dan terima seadanya.

AIDA NASIRAH Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal