Friday, December 23, 2011

Pesta Penang 2011

Dikarut oleh Aida Nasirah at 5:02 PM 0 comments
Assalamualaikum. arinie aku nak update blog disebabkan kebosanan yg melampau. japgi nak balik kangar. rinduuu nak jumpa mak, ayh, tok, haziq, amna >.< so sementara tunggu kakak aku abis keja terpaksa la aku lepak dlm ofis die tanpa tahu nak bt pape. dan ney jugak boleh dikatakan 1st time la aku masuk ke Penang International Airport. tajuk entri arinie ialah Pesta Penang. ada sapa2 yang penah sampai dah.? kalo area dekat2 utara aku percaya mesti ramai yang penah dan sudah pegi kan.? tapi kalo area selatan, pantai timur dan borneo mesti jugak ramai yang belum sampai. jadi kat sini aku berbesar hati nak kongsi tentang pengalaman aku malam tadi.

Permainan pertama yang aku main ialah Challenger
tgk nama pun dah boleh agak macam mana kan
kalo terasa nak hilang semangat di atas awan boleh la try okeyh
bentuknya seperti labah2.
challenger

yang kedua aku try pulak Vortex.
antara semua aku rasa yg neh paling2 aku gerun
terasa hilang jantung n badan2 dilambung2 atas awan gelap malam
hanya 8 org sahaja sekali main. 4 bwh n 4 atas.
fuhhhh...
vortex

yg ketiga ialah Drop Tower
memang best sgt. kecut perut2 terasa cam betul2 nak jatuh terhempas
dan aku mmg suka. luv it.!!
drop tower
selebihnya yg aku men cam roller coaster, bumper car dan rumah hantu. yg paling mahal kat pesta penang tu ialah rumah hantu. 6 token = rm12 dan tak takut langsung pun. game lain macam top gun, sky rider dan yg lain2 tu aku dah selalu main so aku takde la nak main lg. aku cari yg btol2 xtreme je. total suma game yg aku men neh lebih kurang rm50 je abis. tapi yang sedih time aku main games neh ialah aku main sorang2 je takde partner. kakak aku yg temankan tu pregnant so memang tak leh la nak main sama. tapi pape pun aku memang suka sangat ngan extreme games. besttttt.!!

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Sunday, December 11, 2011

s.t.u.d.e.n.t l.i.f.e

Dikarut oleh Aida Nasirah at 7:31 AM 0 comments
Salam n morning kepada suma readers. 
bila ditengok2 balik blog aida neh cam dah lama tak update kan. 
nak kata sibuk tu memang la tapi takde la sampai tak mampu nak update 
cuma malas je sbb takde idea la. 
kali neh aida update pun still lum jumpa idea lagi. 
agak2 bila la eh idea nak mai neh.??
takpe la, korang juz layan je pe yg aida nak cita keyh.!
student life neh bila dipikir2 balik act lebih senang dari bekerja
kalo nak dibandingkan stress bekerja ngan study, best lagi la study
even ko sibok camne pun, stress camne pun,
ko still akan rasa enjoy n tak 24jam rasa berat kepala hotak
atleast ko tak perlu hadap muka bos yg kdg2 tu annoying. ngee~
ko still terasa ada life nak berseronok ngan kawan2 sebaya ko
tak jugak terasa diri dihambakan oleh bebanan keja ofis yg penat n buat ko lesu
jd student, akan bz bila ada asgnmt, quiz, exam, present
akan seronok bila cuti umum, cuti pertengahan sem, cuti sem,
akan terasa free bila weekend (leh kuar jalan2 abiskan duit) haha.!
ehh.. jalan2 tu jalan gak tapi jgn la smpai setiap minggu
study pun perlu gak.. ingat sket matlamat asal tuu
ehekk.. aku neh lebih kepada m'ingatkan kat diri sendiri
kadang2 terlupa jugak n kena la selalu ingatkan ^_^
tapi selalu weekend tu jarang gak la nak kuar seronok2
sebab.. aktiviti padat nak kena join anjuran u la, hostel la
wajib pulak tu. dhla wajib berbayar lak tu.
bukan ada class 5 hari seminggu je
tapi dah jadi ada class 7 hari seminggu. cuti.? lupakan la~
tuntut ilmu smpai pengsan.! tak rugi pnya.!
bila ada je masa free sket nak buat pe.?? kena la hargai sesangat
plan cantek2 punya ngan kawan2 ajak kuar release tension lorhh
(tak leh plan awal2 sebab selalunya tak kan menjadi kan)
ermm okla nak out dulu. dah pukul 730am
aida perlu mandi n siap2 ke class. arinie clss full sampai kul5
penat oh penat
nanti bila2 aida update lagi okeyh.? tata......

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Friday, November 25, 2011

Cara Lelaki Memulakan Zina Terhadap Pasangannya

Dikarut oleh Aida Nasirah at 3:06 AM 0 comments
salam readers. aida terbaca cita neh dan terasa nak share sangat ngan korang. selamat membaca~
1. Salam. bole sy kenal.? sy tertarik ngan perwatakan sopan awk. dah lama sy perhatikan awk. awk bdk baik n sy tertarik la ngan tudung labuh awk. sy harap kita bole berkenalan. ukhwah fillah orang kata. sy x terer sgt arab neh.
2. tima kasih sbb menerima sy. sy akan try sedaya upaya sy utk jaga awk n mengikut syariat. sy tau sy bukan baik sgt, tapi demi Allah sy akan cuba buat yang terbaik utk awk.
3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u… ..
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni… .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?… syg x caye kat abg eh.. huhu..
12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang.. just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…
20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne… cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa…..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la… bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!…
27.(terputus hubungan)

*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran.. 
*si lelaki mencari mangsa baru dan kejadian terus berulang..

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Thursday, November 24, 2011

USAH RISAU TENTANG JODOHMU

Dikarut oleh Aida Nasirah at 2:23 AM 2 comments
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. 
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Monday, November 14, 2011

10 Perkara Bukti Lelaki Itu Rumit

Dikarut oleh Aida Nasirah at 11:39 PM 0 comments
1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar. erk.

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Saturday, November 12, 2011

Serangan Sakit Mata

Dikarut oleh Aida Nasirah at 2:24 AM 2 comments
Alhamdulillah dh selamat tiba di uum 
jam 9.00++ pm ngan barang yang byk (angkut lg dr umh). 
plan nak bertolak petang tp disebabkan kesibukkan msing2 malam bru leh gerak. 
berakhir sudah la cuti ku. owhhh.. terasa indahnya cuti tu sbb sememangnya aku appreciate gila2 la. 
smpai je dpp (dwn penginapan pljr) tros mber2 singgah blk. 
dh x sabar sgt la tu nak jmpa.. 
mananya takk.. dr aku kat umh g dieorg dh msg2 tnya dh blk ke lum 
padahal aku best je dok relax2 g layan tv.. kuar2 beli brg lg. hehe. 
so disebabkan lama x jmpa byk la bnda nak borak kan.. 
mata pun makin gatal2, berair2 lak tu. ngantok ke.? tp cam x je. 
x pe layankan lg cite dieorg smpai x sdar dh kul1 pg. sok de ko-k lg. 
bhn utk asgmnt sok lum cari lg. mmg selamba la ang Aida oii. 
dh kenyang mkn baring2 plk atas katil dok dgr story mory
bl time aku dh nk wt asgmnt (bru sedar dr mpi)
rupanya aku bru dpt kesan aku kna SAKIT MATA.!!!!
waaa.... cmne neh.?? mata dh merah mnyala+gatal2
pastu dh de taik2 mata. erk.! tu kan simptomnya kan.
aku dh resah gelisah gler neh. kuliah pn dh nak start.
doakan aku keyh smoga bgn sok pg dh kurang sket dh. plssss. :'(

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Sunday, November 6, 2011

AidaNasirah Twitter

Dikarut oleh Aida Nasirah at 12:36 AM 2 comments
Salam readers sekalian. 
malu nak cakap tp nak cakap jgk. ngee~. 
msti korang2 sume dh de twitter kan.?? 
tapi sebaliknya plk ngan cik Aida Nasirah neh.
malam neh baru tergerak ati nak bt tau. 
itu pun setelah disuruh berkali2 oleh lect falsafah 
yg mendesak student2nya suh ada acc twitter 
ngan alasan sng die nak gtau soalan2 exm kt c2. kuang2 
(bole diterima ke alasan aku tuh) muahahaha. 
padahal kan mmg ati tu nak bt pn mlm neh. hahaha. 
x nak ckp pjg2.. nak pendek kan cita.. 
kt c2 lum de kwn lg or folowers lg 
so kalo de yg berminat tu bole la follow. kekeke. peace.!!

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Thursday, November 3, 2011

Kau Bukanlah Untukku

Dikarut oleh Aida Nasirah at 9:15 AM 0 comments

Tak tau cmne nak mula. ketenangan yg aku pertahankan tros berkocak
sepatutnya aku x perlu rasa terkejut cmnie 
sbb dr awl2 aku dh diberitahu kan.? tapi..... 
yaaa.! tapi aku ingtkan x jadi or aku ingt die sj nak men2.!
tapi.. 2la kn.. urmm.. aku silap.....
even setaun lbih dh berlalu, even ati aku berkeras x akn pnh kembali lg,
bhonglah kalo aku ckp aku x terluka.. lg la tipu kalo aku ckp aku x kesah lgsg
mood yg ngah bgs di awl pg rpanya nk bg kabar yg spttnya aku tumpang epy
kalo sapa yg follow blog aku dr awl die msti tau cita psl mamat neh
yeee.. mamat tu.. yg pnh bertakhta di ati sy tu
10sept aritu die dh slmt bertunang
alhamdulillah... seru die dh smpai. patah tmbuh hlg berganti
aku.? patah yg ssh nk tmbuh n hlg yg lum da penganti
knp cmtu.? sbb aku seorg yg x mudah memberi ttg bercnta
aku hanya la jinak2 merpati. nmpak mdh didekati tp sbnrnya takkk
silap aku ke disitu.? tp utk apa aku nk terburu2..
jgn la bersedih di ats kbhgiaan org lain Aida.. bknkah mereka sdg meraikan.?
tadah la tgn kamu n berdoa kbhgiaan mereka 
berdoa la jgk smoga Allah cpt pertemukan kamu ngan penganti
smbil tu bina la masa dpn yg terbaik utk bakal kluargamu nti
perbaiki la drimu spya dpt mnjadi wanita, isteri n ibu yg baik kelak
setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.. 
dia lelaki yg baik.. tapi bkn yang terbaik utkmu
kpd R** yg sudah penat menunggu aku..
yg sgt setia n sbr mmg bt aku terharu
kdg2 aku terpikir betapa bertuahnya aku tapi sygnya
ati tu x leh dipaksa even dh try berkali2 utk memberi
dan baru2 neh sy dpt tau yg awk pn dh jmpa penganti kan.. 
alhamdulillah.. x perlu menunggu lg pd yg x pasti n itulah yg terbaik.
sy wish congrats tp utk pertama kalinya msg sy awk x reply
pape pn Allah lbih mengetahuinya stiap pe yg jd pd hmbanya
salam....

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Wednesday, November 2, 2011

Apa Tujuan Blogging Korang.?

Dikarut oleh Aida Nasirah at 2:51 AM 0 comments
blogging.! satu hobi yang menjadi kesukaan aku kini. dan aku pn sedar ramai gak org yg luvv ngan blogging. sesapa yg lum de blog die msti akan suka follow scara diam2 blog org lain. cam aku dulu2 la... tp bl dh de blog sndri dh rsa mls nak baca blog org lain. bkn apa.. nak update blog sndri pn x de masa cmne nak blogwalking blog org lain kan apa ntah lagi nak singgah membaca. jujur btol. apa tujuan anda blogging.? nak femes.? nak untung.? ke juz suka2.?

rmai org berblogging ada sebab masing2. suma sebab2 tu anda mampu dapatnya. urmm.. cita psl untung. ingat blogging neh x de untung ke.? yg lum tau meh nak kasi tau.. kalo kat mana2 blog yg de advertisement tu cam kt blog aku de "ads by nuffnang" tu maksudnya ada side income di situ. tp memandangkan aku bkn la otai blogger so x pyh la nak gediks2 aku nk pggil tu sbg earning side income aku kan. nak lbih jelas cmnie. lg rmai visitor yg dtg dlm sehari kt blog korang n klik ads korg tu so earning korang akn bertambah. slunya otai2 blogger neh mmg beratus2 la msuk dlm shari n sbb tu la dieorg leh dpt earning tggi n earning tu akan ditukar dlm bentuk wang. best x dgr.? smbil suka2 blogging dlm msa yg sma leh jana pendapatan korang. bknkah e2 dinamakan mnyelam smbil mnum air tu. untungla~
pinjam yer abah nak bt contoh ^_^
tp even earning aku mmg ciput gilers.. tapi aku x ksh pn sbb tujuan utama aku nk blogging disebabkan mmg aku nak ada blog sndiri pun n nak mereka cerita sndri. rmai berblog sbb nak glemer kan.. tp cam aku x pyh la. x ckup glemer pn nk bt lg glemer plk. jnji cita2 aku ney de yg suka n sudi baca. thx yer kpd followers yg scara diam2 mencintai blog sy. kekeke.

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Jodoh : Usah Mencari Yang Terlalu Sempurna

Dikarut oleh Aida Nasirah at 12:51 AM 3 comments

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 

p/s : aku jgk m'ingatkan pada diri aku. huk2.

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Wednesday, October 19, 2011

Pelbagai Ragam Pengguna FB

Dikarut oleh Aida Nasirah at 6:18 PM 0 comments
1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam.

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)

10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.
MOTIFFFFFF ?

p/s : hahaha. gurau keyh.! neh pn dipetik di FB gak. huu,

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Peringatan Kepada Sang Pencinta

Dikarut oleh Aida Nasirah at 5:28 PM 0 comments
Jum baca Aida nak share sumthing ngan korang mY readErs :-

♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak.
biarkan dia pergi, dan lupakan.

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Wednesday, October 12, 2011

USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA..~

Dikarut oleh Aida Nasirah at 1:23 AM 1 comments
AKU RASA ENTRI NEH BEST. BACA LA...
Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~

1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Wednesday, October 5, 2011

Pantang Wanita Bila Lelaki Perangai Sebegini

Dikarut oleh Aida Nasirah at 2:10 AM 5 comments

Jum kita intai sket apakah perangai laki yg buat wanita tak brapa nak berkenan sgt maksudnya yang wanita mmg pantang la :

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun. dgr la dlu n tumpu perhatian. nak luah pun x terhabis nak luah. haiyaa.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti "boleh tolong buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu." jangan la tau mengarah je. bkn ke kita sama2 penat dan letih. fahami la.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata "gurau pun tak boleh." byk pnya gurau haih.!

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami je.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri, membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara simpati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak diminta. huh.!

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri. asyik2 nak gak wanita yg ngalah. sekali skala bole la. kalo slu susah la cmnie.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai. kan wanita akan rsa dihargai kalo lelaki sudi berkongsi. mmg la x dpt tlg atleast mnunjukkan wanita itu penting dan x dilupakan.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran. yang neh kna sedar dri sket la yer.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat dek terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

p/s : Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Monday, September 26, 2011

Ingatkan Student Rupanya Lecturer Daa. Malunyaa.!

Dikarut oleh Aida Nasirah at 3:34 PM 2 comments
situasi : terpaksa pegi mkn sorg2 sbb jdual x sma lgsg ngan kwn2. lone ranger la kan. suma meja dah pnuh kcuali 1 meja ney je. (setelah amik mkn n dduk)

aku : tumpang yer. sorg2 gak ker.? 
(sambil meletak nasi n tersenyum mesra)

si A : bole2 dduk la. a'ah sorg2 je.

aku : sama la. terpaksa la dh jdual arinie x sma ngan kwn2 kan.
(dia tersenyum. aku pulak hanya pandang sekali dua smbil membuka tudung btol air mineral yg ssh pulak nk buka. degil tol.!)

si A : amik kos pe.?

aku : HR. awk.?
(si A tersenyum simpul. aku terjungkit kening. aku btol2 x paham pe mkna snyuman dia tu. perlu ke bt cmtu.?)

aku : nape.? amik kos pe.? 
(dia tersenyum lagi. kali neh smbil geleng2 kepala pulak. soalan aku td lum jawab2 lagi. aku blur~. berat sgt ke nk bgtau kos ape ekk.)

si A : sy lecturer.

aku : eyh yeke ney.?
(dlm ati aku : ehh nk men2 plk. aku bt endah x endah je tanpa pandang dia n laju suap nasi ke mulut. ermm.. sedapnyer)

si A : a'ah.
(jawapan dia yg neh mula buat terasa ketidaksedapan dihatiku.)

aku : ha..btol neh lecturer.?? btol neh.??
(inginkan kepastian. mula terasa cam nasi yg aku makan td tersekat di kerongkong + berdebar2. ya allah.. slumber nya aku td.!)

Dia terhanguk2 mengiakan soalan aku td. spontan ngan itu aku terasa merah padam muka aku n terasa nak angkat pinggan tros blah dr c2 or idea lainnya nak buat2 angkat kol n mnx diri sbb meja kwn de kt hujung sna tuuu. so agak2 korang pe reaksi aku bl dh tau die lect.? dan lect yg berkemungkinan besar leh jd lect aku bl aku amik paper consumer behaviour next sem nti. so.. pe lg yg aku leh buat kan. aku pun tros cepat2 mnx maaf n tersenyum2 mnx maaf lg n sterusnya aku x nak cita lg. korang pikir la sndri. yg pastinya tu pengajaran la bt aku. len kali jd ramah n fokus.. bkn jd ramah n bt endah x endah jerk.!

mood : malu gilaaaa.
p/s : knp la byk lect muda2 smpai ssh sgt nak bezakan mna student mna lect :(

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Saturday, September 24, 2011

Layan Nasyid Jap

Dikarut oleh Aida Nasirah at 3:54 AM 2 comments
Sabarlah Kasih-Solehah
"Betapa ku mengerti hasrat yg tersembunyi 
perasaan mu kasih terhadap diri ini 
ku tahu kau merindu merindui diriku 
usahlah engkau ragu kasihku kepadamu 
sebelum bersatu usahlah terburu  
menurut nafsu sabarlah kasihku 
syariat membataskan adab dan pergaulan 
jagalah kehormatan usah keterlaluan 
kau dan aku akan dilindungi 
darinya tipu daya duniawi 
sedarlah wahai sayang di dalam kehidupan 
kita hanya merancang Allah yang menentukan"

AIDA NASIRAH Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal