Wednesday, December 19, 2012

Bahaya Radiasi & Kurik Kundi

Dikarut oleh Aida Nasirah at 12:06 AM 0 comments
Assalammualaikum.........

Nama entri kat atas tu bukan apa2 pun.. tapi nama asgment aku yang kena buat sepanjang sem neh.. baru perasan yang sem neh banyak btol buat asgmnt bercirikan video tapi hanya 2 saja yang aku upload di utube =) video neh takda la hebat mana pun sesuai la ngan kos aku bukan student multimedia ye dakk.?? hehe.. 

1st video adalah untuk subjek Bahasa Melayu Pengurusan
kena kupas tentang lirik lagu serta maksud lagu
(sorii, pakai software ProShow Gold evaluation je)

2nd video untuk subjek OSH pulak
(Ocuppational safety & health)
ini tentang bahaya radiasi
kali neh pakai muvee maker je.. lebih senang

alhamdulillah.. sem3 bakal menutup tirainya.. 
semoga sem akan datang membawa 1001 kebaikan kepadaku.. aminn..

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Tuesday, November 27, 2012

Semester 3

Dikarut oleh Aida Nasirah at 2:07 AM 0 comments
Assalamualaikum n selamat sejahtera.. 
apa kabar blogku.? sihat.? 
eh, tak lupa jugak pada viewer.. sihat.?
alhamdulillah.. semester 3 sudah berada dipertengahan 
n hampir ke penghujungnya..
(terus urut kepala terasa berat bila ingat pasal final. erkk)
dalam tempoh sepanjang semester 3, 
bole dikira kot berapa entri je yg dipost
apa dah jadi.?? kemana aida menghilang.? bz.?
line teruk.? tingkatkan tahap kestadian.? 
hahaha.. ada yg benar n ada yg tak benar belaka.. 
jum review sket apa dah jadi sepanjang sem 3

bertindak sebagai AJK Minggu Suai Kenal 2012

Ketua Biro Kebudayaan Sempena Pesta Konvo 2012

sebenarnya ada lg aktiviti lain2 tetapi disebabkan internet yg tersangat la lemah 
tak dapat nak upload lg..
tetapi apa2 pun yang nak di clearkan disini
YUPP.. sem nie adalah sem yg paling bz bt saya
(tapi takde la sampai tak sempat update blog)
bila bz camnie barulah aku belajar untuk lebih m'hargai masa
kena bt segala keja awal2, dah takleh last minute cam selalu
kena ada planning yang bagus
yang paling ketara kesannya, masa tido yg sangat limited
balik pun dah 2, 3 pagi n esok pagi class pukul 8
gelong2 kepala pegi class
demi pengalaman yang ku dambakan
n demi menjayakan program universiti aku turutkan
segalanya saya belajar sejak saya kembali bergelar STUDENT
terima kasih kepada staff2 u, senior2 kerana tak jemu2
berkongsi ilmu dan menegur apa yg salah n terkurang =)

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Wednesday, October 17, 2012

Cara Buat Solat Istikharah

Dikarut oleh Aida Nasirah at 5:23 AM 0 comments
Wahai hati yang resah.. fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan... tenanglah, tenanglah... buatlah solat istikharah jika kamu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan. Lakukanlah sama ada sebelum kamu tidur.. atau bangun sebelum subuh. Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan.. insyaAllah, akan diberi petunjuk dan apabila kamu telah diberikan petunjuk.. ikutlah petunjuk tersebut dengan redha. Buruk baik pilihan yang dibuat, pasti semuanya ada hikmah sebaliknya.. sesungguhnya Allah maha arif apa yang terbaik untuk hambanya...

Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Friday, August 17, 2012

Perginya Ramadhan Tibanya Syawal

Dikarut oleh Aida Nasirah at 2:41 AM 0 comments
Ramadhan bakal melabuhkan tirainya
Syawal pula kian menggamit
terasa cepat masa berlalu
masa tak pernah kenal ertinya penat dan menunggu
insyaallah.. andai dipanjangkan umur, 
berkesempatan kita bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang
semoga setiap bulan membawakan 1001 kebaikan untuk kita
selamat tiba Syawal..
dan Salam Aidilfitri dari saya 
jemputlah datang rumah kalau tahu yaa.. hehe =)

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Wednesday, August 15, 2012

Koleksi Kasut Wanita

Dikarut oleh Aida Nasirah at 3:33 PM 0 comments
Apa punya banyak kotak2 bawah katil neh
tersusun cantek jer.. nak buat pameran ke apa
meh nak tengok, sekilas pandang cam ku kenal je rupa kotak2 ini.. 
rupanya macam kotak kasut !
yesss, memang kotak kasut..!! ohh baru teringat
semuanya hak milik kekal aku.. hehe..
kesian, ada yang dah makan diri  mungkin sebab dah lama tak usik
bapa kali pakai memang boleh dikira
ada jugak yang berkali2 dah pakai, ikut keselesaan n kemudahsuaian

yang jenis neh memang antara yang selalu aku pakai
selalunya aku pakai ke class semasa buat dip dulu
sebagai student under jabatan Hospitaliti especially tourism management
penampilan sangat ditekankan.. kasut pun WAJIB high heels dan bertutup
pattern neh pulak yang paling aku suka dulu, yesss selesa..
kaki aku jenis yang tak tahan lagi2 kali yang fully bertutup 
akan menyebabkan kat belakang kaki akan melecet
untuk kasut2 kegunaan selalu,
aku akan pastikan depan saja yang bertutup n belakang biarlah terbuka
ketinggian atau keruncingan tumit takda masalah untuk aku
tapi yang selalu bagi masalah adalah jenis wedges

wedges yang no.3.. apa kekurangan wedges disebalik banyak kelebihan die.?
kalau nak dibandingkan wedges ngan heel mestilah wedges 2x lebih selesa
tapi untuk membeli wedges kena teliti betul2
terutamanya teliti dimana.?? penting ialah di tapaknya
ada wedges yang dibuat gagal untuk diseratakan tapaknya
selalu yang aku jumpa kasut dari buatan Vincci neh la.. 
pattern cun melecun tapi tapak tak sama rata
bila nak berjalan tu mulalah nak terjatuh sendiri padahal langsung takda tersepak batu ke
tersadung kayu ke, terpijak tanah tak rata ke, langsung takda kena mengena
puncanya dari tapak tu sendiri.. so ati2 keyhh
kalo jenis suka bertali pulak, pastikan talinya besar sket
neh untuk elakkan dari menyekat perjalanan darah di kaki n terasa tak selesa (sakit)
macam pakai seluar jugak la, kalau getah terlalu ketat sakit kan.. 
mest tinggal kesan, benda yang sama jugak untuk kasut jenis no.1
jadi sekarang aku memilih keselesaan untuk kegunaan lama iaitu no.2
aku tak penah lagi try brand tu n ini adalah kali pertama
tengok pattern2nya buatkan aku takda perasaan, nampak cam old fashion je kan
tapi sebenarnya ia lebih selesa n stylo larhhhhh
simple n sodappp.. letak je kaki terasa sedap n lembutnya struktur kasut tu
even kasut tu nampak cikai2 je tapi harganya lebih mahal dari wedges n heel
mahalnya bukan disebabkan patternnya tapi kesedapannya, ewahh.. cam leh makan pulakk

inilah jenis kasut yang paling aku tak boleh pakai
kaki aku yang sensitif neh tak bole menerima tertutup dibelakang
walaupun aku sedar kelemahan aku yang 1 neh tapi aku still gatal2 nak beli
asal nampak berkenan je terus aku beli padahal aku takut nak pakai
dan kalau aku gewdiks nak pakai gak, aku pastikan ada bawak spare
no.2 tu seingat aku sekali je aku pakai pastu takda dah
orang kata kalau tak nak makan kaki gigit die dulu kan.??
aku dah gigit sampai tercabut kulit kasut tapi hampehhh.. sama je..
no.1 tu aku baru beli je.. hehe.. tengok !
kan dah cakap.. takleh pakai pun masih nak beli
hmm.. dah pakai pun.. MELECET !!! jadi, simpan balik dalam kotak
kau pun pegi ikut ahli skuad yang lain yer.. jadi pameran katil..
ntah2 kau pun sama, hanya sekali tu jela aku pakai ;D

ini antara yang masih ada tapi dah jarang nak guna lagi
apa kesannya bila selalu pakai heels.??
5taun berlalu.. aku mula terasa sakit dibahagian pinggang, 
tulang belakang n naik hingga ke leher
turut tak terlepas kesakitan di tumit
rasanya cam urat menegang n mencucuk2
risiko lain yang aku boleh kena jugak ialah rambut gugur (patut la),
jejaskan organ dalaman n kesuburan wanita,
menyebabkan pening n kitaran haid tak teratur..
sebenarnya banyak lagi..
moral of da story, kurangkan pakai kasut tinggi2 ya..
sebab tu sekarang aku dah prefer ke kasut yang flat
tak nak pikir nak cantek je.. nak pikir untuk kegunaan pada masa panjang pulak
pakai sekali sekala tu bolehlah kot =)

p/s : kasut cun2 pun bukan leh bergambar simpan buat kenangan, yang selalu nampak baju n tudung. betol kan.?? LOL

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Awak Pandai Masak Tak.??

Dikarut oleh Aida Nasirah at 2:13 AM 0 comments
Sambil tolong mak siapkan bahan2 nak masak, mulut aku pun bebel sorang2.. terkial2 aku potong, camnie tak kena, camtu tak kena.. semua serba salah. sebelum neh aku tengok mak buat senang je, tak sangka pulak bila buat sendiri jadi rumit. yela.. nama pun TENGOK kan.. memang la nampak senang. neh 1st time try, hmm.. leh tahan jugak cabarannya. ala2 masterchef gitu.

"mak, camna nak potong neh. tunjuk demo." berkerut2 kening aku.

"potong cam besa la. tak tau ka.? ishh.. malu kat orang, camna la kalo mak mentua suh try masak kat umah dia nanti.? ha.. nak buat camna.??" sambil tu mak tunjuk bagaimana cara nak potong itu BENDA daa.

"kan senang kalo mak ja yang potong nanti aida kupas ja. lagi cepat." aku pun terus keluarkan idea bijak aku disebabkan aku kagum tengok kepantasan mak tadi. sengaja malas aku nak ulas topik pasal MAK MENTUA tuu. 

"kalo camtu bila nak pandai....." terus mak berlalu ke dapur tinggalkan aku terkontang kanting keseorangan.

aku terus try lagi.. dah boleh ! tapi lambat la sket.. potong apa.?? petai je pun.. yaa.. aku ngaku. ini adalah kali pertama aku potong sendiri. selalunya aku akan kopek keluar je dari petai yang dah mak aku hiris dikulitnya. jadi aku tak penah belaja macam mana nak amik isi petai dari kulitnya. dari kecik mak tak penah ajar masak kecuali kalau ada keinginan nak belaja sendiri. aku tak penah dirangsang untuk teruja belaja masak, jadi aku tak penah minat apa lagi nak amik tau. bab masak semuanya mak akan buat sendiri tapi bab lain2 mak ajar cuma bila aku dah mula menyewa rumah ngan kawan2 disitu baru aku blaja memasak, tu pun sebab nak survive. tapi jangan silap, aku tak penah salahkan mak, salah diri sendiri tak penah rasa nak belaja.. itu padahnya.

"mak, kalo tunggu aida buat benda neh memang esok la baru leh makan." disaat ini aku harapkan mak datang membantu disebabkan masa nak berbuka makin suntuk. last minute ada request nak makan sambal tumis petai. tapi orang yang request tu hilang ntah kemana. tinggal aku ngan mak je yang siapkan.

aku mula mengutuk diri..
"orang nak kawen, kita pun nak kawen, tapi masak failed. belaja masuk u tapi masak benda yang simple pun tak leh nak pandai. tu failed, neh failed. serba kekurangan btoi la.. umur makin ari bukan makin muda. camna la kalo dapat suami orang kg.. camna nak jaga.. bla.. bla.. bla.. hmm.."

tanpa aku sedar, mak dengar keluhan aku sepatah2.. mungkin timbul simpati dihati mak . kesian anak aku, rupanya dia dalam proses sedang memperbaiki dirinyaa...
"mak dulu pun masa mula2 kawen mana pandai masak pun. mak blaja sendiri ja, lama2 pandai la. acik pun bole, tak payah risau la. nanti lama2 pandai la tu." mak sedapkan ati aku. 

yela.. semua sekarang sibuk nak cari isteri yang pandai masak je.. yang sempurna serba serbi.. habis tu yang tak sempurna letak tepi la yer.? lelaki pulak zaman sekarang, mentang2 katanya perempuan lebih ramai, tak habis2 nak ungkit isu pandai masak.. diri sendiri tu tak tentu lagi berkebolehan jadi imam untuk keluarga sendiri tau. tapi kalau sekalipun diri tu berkebolehan, tegurlah secara berhemah, perempuan neh sifatnya halus n sensitif. jangan menegur dengan cara bole buat dia termalu tapi bimbing la dia, bagi galakan. insyaallah, sekeras2 dia mesti dia akan ikut jugak =)

p/s : aida paling lemah atau kurang berkenan kalo orang bertanya dia, aida pandai masak tak.?? =='

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Masa Itu Emas

Dikarut oleh Aida Nasirah at 1:30 AM 0 comments
bila aritu aku sembang2 dengan mak, aku terperasan kedutan di tangan n jari2nya. terus aku tegur sambil tu aku usap n belek tangan mak yang berkedut seribu..
"ehh, tangan mak dah kedut2 cam tok.." lantas mak balas ngan tersengih, "ha la.. bukan makin muda."
aku angkat n belek2 lagi tangan mak. sejak bila makin kedut camtu aku pun tak perasaan. aku hanya meneka mungkin sebab mak dah pun mengalami monopause sebab tu dari taun ke taun kedutan tu makin ketara. agaknya la kan...

atau aku yg sibuk ngan urusan dunia sampai tak sedar garisan tua mak makin kelihatan.?? jauh disudut ati, sedar tak sedar mak dah menginjak ke usia tua. mak dah tak sepantas dulu, mak jugak dah tak segarang dulu. paling perasan, mak dah mudah letih kalo buat sesuatu keja. ayah pulak sememangnya menginjak ke peringkat warga emas tapi fizikal n kudratnya masih kuat. aku tahu latar belakang mak tidaklah seindah latar belakang anak2 n suaminya. mak sendiri penah cakap, lepas anak2 dah besar baru mak dapat bersenang lenang. ayah lain, anak tunggal. semestinya hidup ayah senang dari kecik tapi mak pula hanyalah anak angkat kepada sebuah keluarga. pengalaman itu yang mengajar mak untuk berikan yang terbaik untuk anak2 terutamanya dalam bab kasih sayang.

mak n ayah dah pun menimang cucu. ternyata segala didikan mak n ayah dah tak dapat diserap oleh anak2 mereka untuk mendidik warisan cucu2. mak n ayah ada merungut, anak2 sekarang dah tak macam dulu2.. beradab, takut n hormat pada orang tua n bla.. bla.. bla.. sebab terlalu dimanjakan ke.? atau budak2 sekarang mudah nak dapat sesuatu yang mereka mintak.?? atau zaman dah berubah.. camna aku bila dah  ada anak sendiri. boleh ke aku didik mereka macam mana mak n ayah didik aku.? atleast aku berjaya tanam dalam diri mereka sifat kasih n hormat kepada ibu bapa, tak nak la bila dah tua nanti dihantarnya kita ke rumah orang tua2 kan.. what goes around comes around.. elakkan dari buat begitu pada orang tua kita n kita pun harapkan benda yang sama takkan jadi pada kita. selagi usia mereka masih dipanjangkan, janganlah lupa untuk membahagiakan mereka. berilah yang terbaik untuk makyah seperti mana yang penah makayh bagi pada kita dulu.. aku sendiri bukanlah anak yang baik tapi aku cuba untuk buat yang terbaik.. 

p/s : jeles btol la tengok fon mak asyik berbunyi je mengalahkan YB.. fon aku pun sunyi sepi.. dari siapa kol yang kerap2 tu.?? mestilah dari anak2nya 7beradik tu.. tak pun dari cucu2.. :)

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Sunday, August 5, 2012

Apa Itu Rindu

Dikarut oleh Aida Nasirah at 1:04 AM 4 comments

RINDU ( Al-'Isyq)

Rindu itu ialah CINTA YANG BERLEBIHAN, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan hati. Rindu bukanlah sesuatu hal yang tercela dan keji, akan tetapi perlulah disertai dengan menjaga diri, kesucian dan kerendahan hati. seseorang yang ketika dia rindu, tetapi dia menjaga dirinya dengan tidak melakukan hal-hal yang haram menurut Islam, itu adalah dibolehkan. Dan seandainya rindu itu juga disembunyikan dari orang-orang, maka, pahalalah yang akan diperolehi. Menurut Ath-Thohawi di dalam kitab Haasyia'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi mengatakan bahawa dari GOLONGAN SYUHADA di akhirat adalah orang- orang yang MATI DALAM KERINDUAN dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang- orang mestipun rindu itu hadir dari perkara yang haram.

Seseorang yang merindui seseorang sehingga dia mati dan disembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia akan mendapat pahala syahid di akhirat kerana ianya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat sabar. Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendirian kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hatinya, jiwanya, tubuh badannya dari dikuasai oleh rasa rindu.

di sini, saya share bersama 1 kisah antara Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahrah:

Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, Fatimah telah berterus terang dengan Saidina Ali akan sesuatu perkara, "Wahai Ali, sebelum aku menikahi engkau di Kota Mekah, ada seorang lelaki yang telah menjadi idola di hatiku. Aku sangat ingin kelak dia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku." kata Fatimah. "Kalau begitu, engkau menyesalkah mengahwini aku? Tanya Ali. "Tidak. Kerana pemuda itu adalah engkau." Jawab Fatimah

SUBHANALLAH...ALLAHURABBI..SEMOGA AKU MAMPU BERTAHAN..

"aku mencintai ALLAH,dan kerana itu aku kini sungguh takut untuk menyintai dan merindui kamu"

~dulu aku merindu.. kini tidak lagi.. peaceee~

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Usah Terburu

Dikarut oleh Aida Nasirah at 12:28 AM 0 comments
*copy n paste..

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

takmo terburu2.. biar lambat asal selamat
p/s : peringatan untuk aku n untuk sesiapa saja yang terasa nak amik buat peringatan diri.

jangan mencintai seseorang setinggi langit kerana langit boleh runtuh,
jangan mencintai seseorang sedalam lautan kerana lautan boleh surut,
jangan mencintai seseorang sebesar dunia kerana dunia boleh hancur,
cukuplah mencintai seseorang sehujung kuku,
walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh...

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Friday, August 3, 2012

Result Semester

Dikarut oleh Aida Nasirah at 10:05 PM 2 comments
Alhamdulillah...

result semester dah pun kuar n aku pulak dah pun check..
ucap alhamdulillah kerana dengan izin Allah aku lulus semua paper
walaupun pada mulanya aku agak kecewa dengan apa yang aku lihat n dapat
cepat2 sedarkan diri, atleast takda paper yang kena repeat
buat degree dah tak sama dengan diploma even dua2 tu hanya sekeping kertas
hanya untuk dapatkan sekeping tu la betapa susah payah nak kena usaha
kalo dip dulu final hanya 3 or 4 paper tapi skrg tanggungjawab dah bertambah jadi 6 or 7
mana la aku nak bole duduk sedap cam dulu2 n amalkan gaya hidup sedap camtu
frust result tak capai target ??!!
itulah tandanya usaha masih tak cukup n kena banyak kan lagi usaha untuk sem depan
patut ke aku ada schedule bagai, tapi aku memang yang tak suka terikat
cuma aku perlu lebih rajin n kurangkan gejala suka bersenang lenang.. haha
stress.. stress.. elehh stress la sangat padahal takda sapa pun push aku.. 
dari sekolah menengah sampai sekarang takda sapa push pun 
kiranya berdikarilah dalam buat keputusan sendiri
cuma waktu kecik2 je ayah suka push.. itu zaman2 darurat.. punyalah teruji fizikal mental
sebab zaman tu la aku jadi orang sekarang kan..
bila dah cerdik sket n bole pikir, ayah n mak serah untuk aku pilih yang terbaik
tetapkan matlamat sendiri, mungkin kategori anak tengah memang camnie kot
permintaan ayah pada aku, mungkin jugak akan jadi 1 doa..
harapan ayah nak aku jadi seorang PENSYARAH.. universiti pulak tuu.. 
selalu sangat benda neh bermain2 kat mulut ayah
dan ia jugak menjadi 1 bebanan kepada aku.. itu maksudnya aku kena sambung belaja lagi.??
walaupun perancangan untuk aku sambung blaja lum ada.. malah tak terlintas langsung,
aku tetap risau kalo result aku tak bagusss... harapan ayah, tanggungjwb aku..
apa2 pun aku serahkan kepada tuhanku.. aku pecaya pada qada n qadarnya..
kalo tuhanku izinkan permintaan ayah tu tercapai.. insyaallah... aku jugak akan berusaha !!
doakan yang terbaik untuk aida yaa.. 

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Thursday, July 26, 2012

26/7/2012

Dikarut oleh Aida Nasirah at 9:52 PM 0 comments
1st dengar, merdunya.. 
cara pembawaannya tenang dan bersahaja..
sesuai ngan konsep latar belakang dia kan
meh la dengar
dari saudara Zulkarnain Mohd Noor

bukan fizikal saja yang perlu diberi makan
tapi hati jugak perlu mendapat santapan rohani
aku hanya insan yang lemah lagi kerdil
banyak kekhilafan dan kekurangan diri
kadangkala aku jugak alpa lagi lalai
aku perlu buat sesuatu untuk selalu ingatkan tujuan hidupku
mengejar dunia dan disana
ada yang berkata,
kejarlah akhirat, kelak dunia mengikutmu
aku pulak, lebihnya dunia nampak gayanya..
tapi yang paling aku suka tentang diri ini
aku tak lupa untuk muhasabah diri
kebiasaannya sebelum mata terlelap tido
andai ada kesilapan atau kesalahan yang aku buat
pastinya aku akan menangis sesal
lembut dalam kasar, kasar dalam lembut
aku sendiri tak cukup kenal diri sendiri
tapi yang pastinya,
aku juga manusia yang tak penah lepas dari membuat silap
aku juga manusia yang tau marah
silap caranya aku juga bole jadi angin seperti ribut
tapi ribut ini tak penah lagi memudaratkan
cuma biarkan ribut itu reda sebelum nak dekat
penghujungnya ribut, menangis la
tangis, bagiku ubat ketenangan selain bersolat dan berwuduk
nak tenang.?? jum nangis !!
(n___n)

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Sunday, July 22, 2012

Sehari Sebelum Ramadhan

Dikarut oleh Aida Nasirah at 2:21 AM 0 comments
Sebelum msuk bulan puasa meh acik layan abis-abisan
sambil2 tu bole kita test dslr pakjang kan. huhu.
nanti dah puasa acik dah tak larat
yang terdaya cuma bagi laptop n play suma cita2 kartun dalam tu
act, laptop aku tu memang dah macam laptop kanak2 dah
banyak video aku download untuk anak2 buah aku je
sebab tu kalo dieorang datang umah, mesti cari aku
tak pun terus cari laptop aku sendiri
tapi sayang punya pasal
amik la laptop tu pegi guling2 tengok atas katil nuuu
muka teruja takmo turun
ehh, tolak la lagi.. suka2..
kakak, muka haziq ada jerawat x.??
baik2 la kakak, adik dah nak jatuh nie !
ngan pakjang sani
acik jadi badang la.. siap edit tau..

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Al Mubarak

Dikarut oleh Aida Nasirah at 7:38 PM 0 comments

Alhamdulillah.. syukur kehadrat illahi 
kerana masih dipanjangkan umur n diberikan kesempatan 
untuk bertemu lagi ramadhan pada kali ini. 
Semoga ramadhan tahun ini memberikan seribu satu manfaat kepada aku.. 
di kesempatan ini aku juga nak ucapkan kepada semua 
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA :)

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Thursday, July 19, 2012

UUM Sept Intake 2012/2013

Dikarut oleh Aida Nasirah at 7:56 PM 0 comments
UUM antara universiti terbesar di malaysia
Salam...

Rasanya belum terlambat untuk ucapkan TAHNIAH kepada pemohon yang berjaya dalam keputusan UPU baru2 ini. kebelakangan nie pun cam terperasaan ramai yang masuk blog ini untuk membaca entri tentang Orientasi UUM sintok. mungkin ada adik2 yang berjaya ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Pengurusan Termuka Malaysia (UUM).. sebagai ahli keluarga UUM, bangga untuk saya mengalu2kan kedatangan anda semua.

okla.. mungkin ramai yang dah teruja nak tengok macam mana keadaan orientasi ya.? kalau nak tengok bole buka link neh ----> orientasi uum sintok 

bagi pelajar2 yang nak ajukan sebarang pertanyaan berkaitan persediaan dokumen kemasukkan, persediaan ptptn, dpp, kos, ko-k atau apa2 sahaja.. anda bole buka link neh pulak Like Sini disini Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan jugak senior2 akan membantu menjawab kekeliruan korang. akhir kata dari saya, semoga sedikit info nie bole membantu n WELCOME !!~
Gerbang UUM

** selain litar go-kart n kemudahan berbasikal, macam2 lagi kemudahan yg UUM sediakan utk para pelajar. hutan bukan sebarang hutan yaa :)

Thanks.. sila datang lagi yer (",)

Monday, July 16, 2012

Bye Damia

Dikarut oleh Aida Nasirah at 4:23 PM 0 comments
hari nie 16/7 damia dah pun lepas pantang
ibu kata ayah nak datang jemput ibu n damia
acik senyap je sebab acik tau damia dah nak balik
maktok pulak pagi2 dah takda ikut maklang g alor setar
ehh tapi nape maktok pegi maktok kan tau damia dah nak balik
takpa la.. maktok nak g cari barang kot

dua malam nie damia asyik meragam je
tak nak tdo malam.. merengek2.. semua serba tak kena
selalunya kalo merengek, tepuk2 sket damia dah tdo
kali nie takmo jugak.. lepas acik sembang2 ngan damia,
acik pun dukung n peluk damia
diam pulakk. oh nak orang peluk yaa.. pandai sayang acik
sesekali bila acik rasa lenguh acik letak atas tilam
damia dah makin membesar.. terasa lenguh jugak tangan nie
acik agah2 sket damia dah tersenyum
pastu nangis lagi, maktok la pulak peluk damia.. damia senyap n tetido
tapi itu pun dah lewat pagi

bila tadi ayah damia datang bawa maktok sebelah sana, ibu cakap damia balik esok
acik pun sibuk layan tetamu tak langsung main ngan damia
damia nangis2, tak senang hati acik dengar damia merengek
bila acik dukung damia tetap merengek lagi
pastu acik peluk n tepuk2, damia terus tetido
bila masuk bilik acik tengok ibu sibuk kemas2 baju rupanya damia balik arinie
patut larr.. damia dah tau dulu yaa..

acik salam ngan ibu, acik cium damia
acik tarik nafas panjang2 harap ibu tak perasaan
tapi.. bila mata acik berkaca ibu pandang acik sayu
ibu perasan ! acik malu sgt2. acik takmo tunjuk acik sedih
tapi airmata nie terus bergenang taknak henti
acik cium damia berkali2, ibu pun pesan
acik janganlah sedih, kalo acik sedih ibu lagi sedih
bila acik call maktok kata damia dah balik
suara maktok bergetar, acik tau maktok pun sedih
tokwan pun sedih n nenek nangis pas peluk damia
mereka bertiga jaga damia lagi lama mestilah lagi terasa

raya nie kita jumpa ya sayang
kasihnya acik kat damia sampai rasa terlalu berat nak lepaskan damia
tapi ayah dah janji ramadhan nie damia balik
ayah nampak ke acik nangis.? malunyaaa...
acik tunggu damia yaaa..
i'm gonna mish youu DAMIA QAISARA..
pic neh pn ats riba acik shari sblm damia blk.
suka btol acik candid gmbr damia
p/s : pasnie sapa nak teman acik malam2. dah takda yang nak tetido kat riba acik, dah takda yang akan terlentok kat bahu acik tiap kali acik tengok muvee atau on9.

AIDA NASIRAH Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal